Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
LIFE IS NOT GOING TO BE EASY.
Susahlah hidup ni.
Stress!
Ahhhh kenapa aku amik course ni!
Ahaaa..tu dia. Rungutan rungutan yang aku selalu dengar. Bukan apa. Aku pun macamtu jugak kekadang. Lagi-lagi student medic ni kan. So many things happened dalam masa beberapa tahun ni.
Nak cakapnya kat sini, memang lah hidup ni bukan mudah. Ada manisnya, pahit, masam, masin. Cuba kalau kita masak 1 makanan tu, kita rasa manis. Esok, makan makanan manis lagi. Esoknya manis lagi. Hari-hari lah manis sampai masa takut diabetes pulak.
Macamtu lah dengan kehidupan kita. Takkan hari hari nak 'manis'? Biasalah kalau ada pahit, masam, masin. Chill lah. Takkan bagi susah sikit dah mula nak melenting tak tentu hala. Cuba kalau kita pandang sesuatu tu dengan pandangan akhirat, hati kita akan tenang. Kalau kita tengok dengan pandangan dunia..memanglah kita rasa benda tu susah, pening, stressful. Apa yang jadi kat kita kat dunia ni, mesti ada something yang Allah nak ajar kita, nak tunjuk kat kita. Kita lah kena carik and fikir sendiri apa yang Allah nak bagi kita. Be positive lah!
Cuba ingatkan diri kita, hidup kita kat dunia ni berapa lama. Kalau cerita kat orang tentang kisah hidup kita sejak kecik sampai la sekarang ni, kita boleh cerita semua tu dalam masa beberapa minit je, or maybe beberapa jam je. Kan?
Nampak tak betapa sekejapnya sebenarnya kehidupan kita kat dunia sampai kita boleh cerita zaman kita kecik kecik sampai la sekarang ni dalam masa beberapa minit atau jam sahaja? Kejap tak kejap kan kan?
Okay tengok ayat ni.
“Allah bertanya: Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ?”.
“Mereka menjawab: Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.
“Allah berfirman: Kamu tidak tinggal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”.
(Al Mu’minuun, ayat 112-114)
Aku teringat kata-kata seseorang akhawat ni..dia kata dalam al Quran ada macam-macam dialog, conversation, macam-macam watak, watak orang kufur, beriman, yang ingkar, yang patuh. Kita sendiri yang decide kita punya watak yang mana satu. Kalau kita nak jadi orang beriman tu, ikut lah macamana yang ada dalam al Quran tu.
Rajin-rajinkan diri baca terjemahan al Quran. Paling tidak pun, mesti ada satu dua ayat yang kita tersentuh. Kalau tak tersentuh langsung, menangislah. Mohon kepada Allah supaya Allah lembutkan hatimu, takut sangat kalau Allah dah kunci hati kita untuk menerima petunjuk dan hidayah-Nya. Takut. T.T
Rajin-rajinkan diri baca terjemahan al Quran. Paling tidak pun, mesti ada satu dua ayat yang kita tersentuh. Kalau tak tersentuh langsung, menangislah. Mohon kepada Allah supaya Allah lembutkan hatimu, takut sangat kalau Allah dah kunci hati kita untuk menerima petunjuk dan hidayah-Nya. Takut. T.T
Kalau stress, rasa hidup ni susah, ingatlah Allah ada. Allah maha Mengetahui apa yang telah berlaku, dan apa yang akan berlaku. Kita kena kuat and sabar hadapi semua ni. Beza kita dengan orang bukan Islam, kalau kita susah, kita boleh cari Allah. Kita ada Allah. Allah mampu buat apa saja yang Dia nak. Dia berkuasa atas tiap sesuatu yang ada di atas muka bumi ni dan keseluruhan alam. Jadi mintalah kpd Allah. Doa. Doa dengan penuh sabar.
"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi"
Al-Ghafir (40:55)
Moga Allah redha.
Wassalam.
~tarbiyyah makes my life ohsem~